Penjual Makanan Sejuk Beku (Frozen)

Nama : Noorul Huda Binti Hashim

Umur : 43 tahun

Ahli   : 30 November 2016


Latar Belakang :

Puan Noorul seorang usahawan yang menjual makanan sejuk beku dan di samping itu mengambil upah jahit baju di kawasan Taman Bukit Inai, Nilai. Beliau telah hampir 1 tahun menceburi bidang jualan makanan sejuk beku ini kepada penduduk setempat. Setiap hari, beliau berusaha lebih gigih bagi menjana pendapatan lebih demi keluarga beliau. Walaupun perniagaannya di buat secara sambilan namun membuat beliau rasa ingin tahu mengenai perkembangan perniagaan dan keusahawanan. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi pendapatan supaya dapat menarik lagi pelanggan beliau dengan mengunjungi Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Noorul membuat promosi perniagaannya secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan berniaga di pasar malam Taman Semarak pada setiap hari Selasa. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Hasil jualan setiap bulan sekadar RM200.00 sebulan. Oleh itu, beliau telah mengikut kelas latihan keusahawanan yang dikendalikan oleh pengurus dan penolong pengurus di PIK bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Beliau merupakan seorang pengguna kemudahan PIK yang sangat baik dan sering meminta bantuan dalam diberikan tunjuk ajar dalam bidang ICT lebih-lebih lagi dalam mengiklankan produk-produk yang diniagakan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Noorul sangat berpuas hati dengan kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk perniagaannya di dalam laman web terutamanya di Facebook.com bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Antara kelas yang diikuti oleh beliau seperti kelas pembinaan emel dan kelas latihan keushawanan PIK Taman Bukit Inai. Kelas-kelas yang disertai sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pemasaran perniagaannya. Dengan wujudnya pengiklanan yang berkesan pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai produk perniagaannya dan tawaran istimewa menarik yang disediakan untuk pelanggan beliau. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan sebanyak RM500.00 sebulan.

Lampiran Gambar