E-Pembelajaran dan Advokasi Klik Dengan Bijak

Nama : Izzat Izzdihar Bin Mohd Nazri

Umur : 18 tahun

Ahli   : 30 November 2006


Latar Belakang :

Saya merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik dan tinggal di kawasan Mantin, Negeri Sembilan. Kini beliau sedang menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Seremban, Negeri Sembilan dalam bidang Pensijilan Pengacuan Plastik selama 3 tahun. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya merupakan seorang pelajar kolej di Kolej Kemahiran Pure Technics dalam bidang Pensijilan Pengacuan Plastik di Seremban. Beliau sering hadir ke Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Inai pada hujung minggu untuk menyiapkan tugasannya. Beliau juga kurang mahir tentang penggunaan komputer dan teknik pencarian maklumat dengan betul dan cepat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Pada setiap hujung minggu, saya sering hadir ke PIK Taman Bukit Inai untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah kolej. Saya sering mendapatkan bantuan dan sentiasa bertanya kepada kedua-dua orang petugas yang bertugas di situ untuk membantu saya dalam menyiapkan tugasan saya terutamanya dalam ilmu ICT. Para petugas PIK sangat prihatin akan setiap pengguna yang hadir ke situ untuk menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan di situ. 

Lampiran Gambar