E-Pembelajaran dan Advokasi Klik Dengan Bijak

Nama : Nur Maisarah Binti Mohamad Nizan

Umur : 20 tahun

Ahli   : 30 November 2006


Latar Belakang :

Saya merupakan anak yang ke-2 daripada 5 orang adik-beradik di dalam keluarga. Saya menerima pendidikan di SMK Taman Semarak pada tahun 2015 sehingga 2019. Selepas peperiksaan SPM, saya membantu bapa saya dan membuat sedikit perniagaan sebagai pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Makluman berkenaan penggunaan ICT, saya mempunyai asas komputer tetapi masih kurang mahir sepenuhnya dalam penggunaan komputer terutamanya di dalam asas Microsoft Office. Namun sebelum wujudnya PEDi Taman Bukit Inai, saya berurusan di Cyber Café yang berhampiran dengan tempat tinggal. Namun penggunaan di sana adalah sangat ramai dan terhad kerana tempat tersebut secara majoritinya merupakan pusat permainan online (game) dan tempat melepak pelajar-pelajar sekolah dan ini menyukarkan lagi saya untuk berurusan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Kini saya berasa lebih selesa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak PEDi seperti kemudahan internet dan komputer yang sangat baik di samping suasana yang lebih kondusif. Selain itu, petugas-petugas PEDi juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar di dalam meningkatkan kemahiran ICT dan turut mengadakan kelas latihan ICT secara percuma kepada setiap ahli yang berdaftar.

Lampiran Gambar