E-Pembelajaran dan Advokasi Klik Dengan Bijak

Nama : Mohd Aidil Naufal Bin Khairul Anuar

Umur : 10 tahun

Ahli   : 04 Ogos 2022


Latar Belakang :

Saya Mohd Aidil Naufal Bin Mohd Khairul Anuar merupakan pelajar tahun 4 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batang Benar. Saya juga mempunyai seorang abang yang sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai di tingkatan 4.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya tidak mempunyai asas dalam penggunaan komputer terutamanya dalam penggunaan Microsoft Office (Word dan Powerpoint). Saya juga tidak mahir dalam penggunaan internet seperti mencari maklumat untuk dijadikan sebagai sumber rujukan. Selain itu, dari segi pembelajaran adalah amat lemah sekali dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya rasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana telah membangunkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang memudahkan komuniti setempat untuk menggunakan segala perkhidmatan internet, percetakan dan fotokopi. Di samping itu, PEDi juga turut menyediakan kelas ICT dan kelas tuisyen secara atas talian yang diajar oleh guru-guru yang terlatih. Petugas PEDi banyak membantu saya, terutamanya di dalam pembelajaran. 

Lampiran Gambar