|
Tujuan :
Kelas latihan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam kalangan petugas kluster Seremban terutamanya dalam penyampaian modul klik dengan bijak dengan lebih baik dan lancar sebelum menjalankan aktiviti diluar kawasan. Selain itu, sebagai perancangan aktiviti yang akan datang di antara petugas kluster Seremban bersama pihak yang berkenaan seperti NGO dan sebagainya.
Aktiviti :
Para peserta mendengar pembentangan modul daripada salah seorang petugas dalam kalangan petugas kluster Seremban berkenaan modul-modul klik dengan bijak. Selain itu, petugas mengadakan perbincangan antara sesama petugas tentang perancangan aktiviti dan sasaran yang akan dijalankan pada masa akan datang.
|
Tujuan :
Memberi pengetahuan kepada para pelajar berkenaan modul buli siber dalam penggunaan internet terutamanya dalam media sosial. Selain itu, para pelajar dapat mempelajari langkah-langkah keselamatan dalam penggunaan internet.
Aktiviti :
Pelajar diberi penerangan ringkas tentang buli siber oleh petugas pusat internet. Petugas juga berkongsi idea dan pendapat dalam beberapa situasi supaya para pelajar lebih memahami maksud buli siber.
|
Tujuan :
Peserta menggunakan applikasi 'online' untuk mengisi borang permohonan perkahwinan melalui laman sesawang Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS). Dengan adanya aplikasi 'online' ini akan dapat memudahkan lagi urusan permohonan peserta tersebut supaya lebih cepat dan menjimatkan masa serta tenaga.
Aktiviti :
Peserta tersebut dibantu oleh petugas Pusat Internet yang bertugas tentang cara-cara untuk membuat permohonan dan mengisi borang pernikahan secara 'online'. Petugas memberikan penerangan ringkas mengenai laman sesawang tersebut.
|
Tujuan :
Memberi latihan dan pengetahuan kepada para pelajar tentang jenis-jenis kawalan komputer yang boleh dikawal dari jarak jauh daripada komputer ke komputer yang lain. Selain itu, memberi kemahiran kepada para pelajar tentang teknik perkongsian fail tanpa menggunakan pemacu (drive) komputer.
Aktiviti :
Pelajar diberi penerangan ringkas tentang jenis-jenis perisian kawalan komputer yang ada pada masa kini. Para peserta dilatih untuk menggunakan perisian kawalan tersebut sebagai kemudahan pada masa akan datang.
|
Tujuan :
Peserta dapat mempelajari penggunaan 'Microsft Office : Excel' dengan lebih baik dan cepat. Kerja-kerja yang dilakukan akan menjadi mudah dan lebih tersusun.
Aktiviti :
Peserta tersebut membuat tugasan tersebut dengan menggunakan 'Microsoft Excel' sebagai medium kerja. Peserta tersebut memasukkan data ke dalam perisian tersebut agar lebih tersusun dan kemas.