|
Tujuan :
Tujuan tersebut adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara untuk mendapatkan gambar melalui 'online'. Selain itu, memberi panduan kepada pelajar tentang cara memuat turun gambar dan memindahkan maklumat daripada 'online' ke 'microsoft word'.
Aktiviti :
Pelajar tersebut membuat carian gambar daripada 'google' dan memuat turun gambar yang dikehendaki daripada 'online' dan memindahkan gambar tersebut ke dalam 'microsoft word' melalui tunjuk ajar petugas Pusat Internet. Pelajar juga diajar cara untuk 'crop' gambar menggunakan 'microsoft word'.
|
Tujuan :
Pembelajaran ini adalah untuk membantu pelajar untuk membuat jadual kelas sebagai kemudahan dan persediaan pelajar untuk mengemaskini pengurusan jadual mereka supaya lebih tersusun.
Aktiviti :
Pelajar tersebut membuat jadual kelas dengan menggunakan perisian 'Microsoft Excel'. Sepanjang pembuatan jadual kelas tersebut, pelajar telah dibantu oleh petugas Pusat Internet dengan mengajar asas-asas 'Microsoft Excel' terlebih dahulu. Selain itu, petugas membantu pelajar dari segi kesilapan (error) yang ada pada jadual tersebut.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi kemahiran kepada peserta tentang cara untuk membangunkan sebuah papan cerita yang menarik dan mudah difahami. Selain itu, untuk menguju tahap idea dan kreatif para peserta dalam menyampaikan sesebuah penceritaan.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan ringkas kepada peserta-peserta tentang pengenalan papan cerita dan teknik dalam membangunkan papan cerita. Setelah itu, petugas memberikan tugasan kepada para peserta untuk membangunkan sebuah papan cerita berdasarkan tema yang diberikan.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta tentang langkah-langkah dalam membuat video dari permulaan rakaman video sehingga ke bahagian suntingan video. Selain itu, melatih para peserta untuk berfikir dan memberi idea dalam setiap perancangan video yang dijalankan.
Aktiviti :
Petugas memberikan tugasan kepada para peserta berdasarkan tema yang telah ditetapkan. Para peserta membuat perbincangan dalam kumpulan tentang tema yang diberikan dan merancang rangka cerita tersebut untuk menjadikan sebuah video yang menarik. Seterusnya, para peserta diajar melakukan suntingan video melalui perisian 'filmora'.
|
Tujuan :
Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengenalan papan cerita, skrip dan video. Selain itu, memberi pengalaman situasi yang sebenar di dalam pelaksanaan video di set penggambaran.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan ringkas kepada peserta-peserta bengkel tentang modul papan cerita, skrip dan video. Petugas telah membahagikan para peserta kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugasan berdasarkan soalan yang ditetapkan. Para peserta diminta menggunakan perisian 'Microsoft Office : Power Point' sebagai tugasan mereka dan membentangkan tugasan tersebut kepada petugas.