|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pengetahuan tentang pencarian maklumat yang dikehendaki dengan lebih cepat dan tepat. Selain itu, membantu pelajar dalam mencari maklumat melalui sumber-sumber rujukan yang betul dan boleh dipercayai. Pelajar juga dapat mengetahui cara untuk memindahkan gambar dan dokumen ke dalam Microsoft Word.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet membantu pelajar tersebut dalam mencari maklumat yang diperlukan melalui sumber-sumber rujukan yang betul dan tepat. Selain itu, petugas membantu dan mengajar pelajar tentang cara-cara untuk memindahkan maklumat daripada internet ke dalam Microsoft Word. Pelajar tersebut juga diajar tentang cara-cara memuat turun gambar dengan betul dan memasukkan gambar tersebut ke dalam Microsoft Word.