Tarikh      :  7 September 2018 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Ruang Siber PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Mohd Irfan Bin Mohd Izam & Mohd Murtadza


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi perkongsian ilmu dalam penggunaan Microsoft Office Power Point dalam kalangan pengguna terutamanya pelajar-pelajar sekolah. Selain itu, memberi pengetahuan kepada mereka dalam melaksanakan pembentangan yang terbaik dan berkualiti semasa penggunaan perisian tersebut. Di samping itu, melatih para pengguna dalam kreativiti dalam penyampaian idea semasa sesi pembentangan. 

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet membantu pelajar tersebut tentang cara-cara untuk memasukkan latar belakang di dalam pembentangan tersebut agar kelihatan cantik dan kemas. Selain itu, petugas memberi pendapat terhadap pembentangan tersebut agar tidak terlalu padat dengan kandungan isi yang dimasukkan di dalam tugasan tersebut. 

Lampiran Gambar Aktiviti