|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada para pelajar tentang penggunaan perisian 'power point'. Selain itu, memberi latihan kepada para pelajar dalam kemahiran komunikasi untuk pembentangan tugasan.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan dan latihan praktikal kepada para pelajar tentang cara-cara penggunaan 'power point'. Para pelajar diberi tugasan dan perlu melakukan pembentangan secara individu berdasarkan tajuk yang diberi oleh petugas.