Tarikh      :  03 November 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet

Peserta   :  7 orang


Tujuan :

Pelaksanaan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para usahawan dan komuniti setempat berkenaan aplikasi dashboard serta fungsi utama kepada komuniti setempat.

Aktiviti :

Para peserta diberi penerangan ringkas berkenaan aplikasi dashboard ini oleh petugas Pusat Internet serta kegunaannya. Para peserta diajar tentang cara menggunakan aplikasi tersebut dari mula hingga akhir dengan mengikut modul-modul yang terdapat di dalam aplikasi tersebut.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  28 Oktober 2018 (Ahad)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet

Peserta   :  10 orang


Tujuan :

Pelaksanaan kelas ini adalah untuk membantu para peserta dalam meningkatkan lagi keselamatan dan langkah berjaga-jaga agar tidak terlibat di dalam gejala 'scam'.

Aktiviti :

Para peserta diberi penerangan ringkas oleh petugas Pusat Internet tentang 'scam' dan tujuannya. Petugas juga memainkan beberapa video berkenaan 'scam' supaya para peserta mudah faham dan jelas tentang bahaya 'scam'. Para peserta juga diajar tentang langkah-langkah keselematan diri daripada terjebak dengan 'scam'.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  16 Oktober 2018 (Selasa)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 11.30 Pagi

Lokasi     :  Ruang Siber Pusat Internet

Peserta   :  Mohd Silmi Abshar Bin Mohd Saidi


Tujuan :

Pelaksanaan kelas ini adalah bertujuan untuk memberi latihan kepada pelajar tentang pengetahuan asas komputer dan asas pembangunan pengaturcaraan iaitu Hypertext Markup Language (HTML). 

Aktiviti :

Pelajar tersebut diberi penerangan ringkas tentang topik-topik yang diberikan. Pelajar tersebut diajar tentang asas HTML memalui laman sesawang w3school sebagai latihan praktikal.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  21 Oktober 2018 (Ahad)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet

Peserta   :  7 orang


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk membantu para usahawan yang untuk meningkatkat lagi penjanaan pendapatan para usahawan. Para peserta didedahkan dengan beberapa tips dalam kelas usahawan tersebut.

Aktiviti :

Para peserta mendengar taklimat ringkas daripada penceramah jemputan di dalam kelas tersebut. Para peserta di ajar secara teori tentang bagaimana untuk menambahkan lagi pendapatan di dalam usahawan. Para peserta diberi pemahaman tentang strategi untuk menambahkan lagi pendapatan dengan cara yang berkesan.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  11 Oktober 2018 (Khamis)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  5 orang


Tujuan :

Pelaksanaan kelas ini adalah bertujuan untuk memberi latihan kepada para pelajar supaya lebih kreatif dalam membuat poster agar kelihatan cantik dan menarik. Selain itu, dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam menerapkan elemen-elemen multimedia seperti teks dan grafik yang dimasukkan ke dalam poster.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan ringkas oleh petugas Pusat Internet di dalam kelas tentang asas multimedia. Para pelajar dibantu oleh petugas dalam memberi idea dan konsep poster yang hendak dibuat. Selain itu, para pelajar diajar tetang cara-cara menggunakan perisian postermywall.

Lampiran Gambar Aktiviti