Tarikh      :  7 Disember 2018 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :  8 orang


Tujuan :

Tujuan tayangan ini dijalankan adalah untuk memberi sokongan dan dorongan kepada filem-filem melayu agar terus maju dan mendekati rakyat tempatan di Malaysia. Selain itu, memberi kesedaran kepada para penonton akan jasa wira-wira yang bergadai nyawa demi mempertahankan negara. 

Aktiviti :

Petugas menayangkan filem tersebut dan para penonton menonton filem tersebut serta memahami jalan cerita filem tersebut. Setelah tamat filem tersebut, para penonton diberikan beberapa soalan daripada filem tersebut sebagai tanda mereka fokus dan memahami penceritaan filem tersebut. 

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  17 November 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Perkarangan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :  12 orang


Tujuan :

Tujuan aktiviti kuiz ini dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi pengetahuan para peserta dalam penggunaan komputer. Selain itu, meningkatkan kemahiran dalam menggunakan internet. 

Aktiviti :

Petugas memberikan kuiz kepada para peserta berkenaan tajuk kesihatan. Para peserta menggunakan internet untuk mencari jawapan kuiz tersebut. 

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  17 November 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Perkarangan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :  32 orang


Tujuan :

Tujuan pemeriksaan kesihatan ini dilakukan adalah untuk memastikan komuniti-komuniti setempat sentiasa mengambil berat terhadap tahap kesihatan mereka supaya kesihatan mereka dijaga dengan lebih baik. 

Aktiviti :

Para pengunjung yang hadir membuat pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan kandungan gula bersama-sama pihak KOSPEN secara percuma. Komuniti boleh mengetahui tahap kesihatan selepas melakukan pemeriksaan kesihatan supaya mereka akan lebih berjaga-jaga tentang kesihatan mereka.  

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  17 November 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi     :  Perkarangan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :  15 orang


Tujuan :

Tujuan ceramah kesihatan ini dilakukan adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti bahawa pentingnya menjaga kesihatan diri. Selain itu, dapat berkongsi tips-tips tentang penjagaan kesihatan yang betul serta dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang sihat dapat dilakukan. 

Aktiviti :

Komuniti yang hadir mendengar taklimat berkenaan kesihatan dan dikongsikan beberapa tips penjagaan kesihatan seperti aktiviti regangan, pemakanan sihat dan senaman-senaman yang ringan dilakukan.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  17 November 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 8.00 Pagi - 9.00 Pagi

Lokasi     :  Perkarangan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :  20 orang


Tujuan :

Tujuan pelaksanaan program ini dalah untuk menguar-uarkan kepada komuniti tentang Pusat Internet dan fungsi utama kepada komuniti setempat. Selain itu, memberi pendedahan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada para pengunjung yang hadir. Selain itu juga, membantu kepada komuniti setempat tentang penjagaan kesihatan diri.  

Aktiviti :

Para pengunjung yang hadir membuat pendaftaran diri terlebih dahulu di kaunter pendaftaran, kemudian para pengunjung yang hadir, melibatkan diri dalam aktiviti berjalan 1000 langkah bersama petugas Pusat Internet. Selepas daripada itu, aktiviti senamrobik dijalankan bersama-sama kumpulan senamrobik Pusat Internet Taman Bukit Inai.

Lampiran Gambar Aktiviti