Tarikh      :  22 Februari 2019 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :  2 orang


Tujuan :

Kelas latihan ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan dalam meningkatkan jualan dan hasil pendapatan serta mempromosikan produk mereka kepada khalayak orang ramai.

Aktiviti :

Petugas PI memberikan tunjuk ajar kepada usahawan tentang pengenalan wix.com melalui video ringkas di 'youtube' supaya usahawan dapat sedikit input daripada video tersebut. Selain itu, usahawan diajar tentang langkah-langkah asas untuk membangunkan laman web sendiri secara perlahan-lahan. 

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  19 Februari 2019 (Selasa)

Masa       :  Jam 2.30 Petang - 3.30 Petang

Lokasi     :  Ruang Siber Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :  1 orang


Tujuan :

Pengguna melakukan kemaskini BSH ini adalah untuk membuat pengesahan nama permohonan sebagai penerima bantuan sara hidup 2019 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

Aktiviti :

Petugas PI memberikan tunjuk ajar kepada pengguna yang ingin membuat kemaskini BSH2019 dengan berdasarkan rujukan syarat-syarat dan panduan yang telah ditetapkan melalui permohonan BSH2019 yang terdapat di internet.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  16 Februari 2019 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :  6 orang


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi latihan dan pengetahuan kepada para pelajar tentang kepentingan keselamatan kata laluan terhadap laman yang mempunyai akaun peribadi seperti 'facebook', 'instagram' dan sebagainya.

Aktiviti :

Petugas PI memberikan penerangan ringkas modul berkenaan keselamatan kata laluan kepada para pelajar. Para pelajar juga diberi tunjuk ajar tentang langkah-langkah untuk membangunkan kata laluan yang kuat terhadap akaun lama sosial mereka.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  16 Februari 2019 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :  6 orang


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi latihan kepada para pelajar tentang kemahiran membuat folio yang lengkap dan baik dengan mengikut garis panduan serta format yang betul.

Aktiviti :

Petugas PI memberikan penerangan ringkas berkenaan panduan dan format yang betul dan lengkap di dalam internet. Petugas memberikan beberapa contoh folio yang ringkas dan betul kepada para pelajar sebagai panduan mereka. 

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  08 Februari 2019 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :  2 orang


Tujuan :

Kelas latihan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran usahawan dalam perniagaan khususnya secara atas talian (online). Selain itu, usahawan juga dapat menjimatkan tenaga, masa dan wang serta menjana pendapatan yang lebih tinggi dan baik daripada sebelumnya.

Aktiviti :

Para peserta mendengar taklimat pengenalan Pusat Internet daripada petugas PI berkenaan peranan dan fungsi Pusat Internet kepada komuniti. Para peserta di ajar tentang penggunaan dashboard komuniti terutamanya bahagian My Shop. Para peserta di ajar cara-cara muatnaik gambar produk ke dalam My Shop. 

Lampiran Gambar Aktiviti