PERKAKASAN KOMPUTER DAN PAINT TOOL

Nama  :  Siti Nur Zakirah Bt Shabari

Umur  :  14 Tahun

Ahli     :  Julai 2016 

 

Latar Belakang :

Siti Nur Zakirah merupakan seorang pelajar daripada SMK Taman Semarak, Nilai yang kini belajar di tingkatan 2. Beliau merupakan seorang pelajar yang aktif di dalam setiap penyertaan kelas latihan ICT dan program di Pusat Internet Taman Bukit Inai. Beliau telah menyertai pelbagai pertandingan yang dijalankan di PI.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Saya hanya mempelajari ICT di sekolah sahaja. Saya juga hanya mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan komputer seperti asas menaip dan melihat video di youtube sahaja serta bermain permainan online di komputer.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pada asalnya, saya kurang mengetahui teknik dan kemahiran dalam penggunaan komputer. Saya bersyukur kerana pihak PI ada menyediakan kelas latihan ICT di PI. Saya mula berasa teruja dan ingin menyertai kelas latihan tersebut. Apabila menyertai kelas latihan tersebut, saya berasa sangat seronok dengan ilmu komputer yang telah diajar semasa di dalam kelas ICT. Saya mula berminat untuk mengikuti kelas latihan ICT yang seterusnya di PI. Ini kerana saya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta teknik-teknik yang berguna di dalam penggunaan komputer. Saya telah mempelajari pengenalan asas komputer, jenis-jenis perkakasan komputer dan sebagainya. Selain itu, saya juga dapat memberanikan diri dalam tugasan pembentangan berkumpulan dengan menggunakan perisian Microsoft Office Power Point.

Lampiran Gambar :