HOMESTAY MANTIN

Nama : Nur Fatin Amirah Bt Azman

Umur : 21 tahun

Ahli   :  Ogos 2016 

 

 Latar Belakang :

Cik Nur Fatin Amirah merupakan seorang pengusaha homestay di kawasan Mantin. Homestay Mantin didirikan di kawasan perumahan yang berdekatan dengan kedai runcit dan pekan. Homestay ini dilengkapi dengan barang-barang asas dalam sebuah rumah bagi memudahkan pengunjung. Terdapat 3 bilik tidur serta 2 bilik air. Harga bagi semalam adalah RM151.00 sahaja. Jarak antara homestay ke Pi1M adalah sejauh 15 kilometer dan terletak dekat pekan Mantin, Negeri Sembilan. Oleh hal demikian, promosi terhadap homestay hanyalah dihebahkan dikawasan-kawasan kedai runcit dan kedai makan setempat sahaja pengusaha mengambil langkah lebih dinamik dengan mengunjungi Pusat Internet 1Malaysia Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan dan menjadi tumpuan orang yang berkunjung di Mantin.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :

Cik Nur Fatin membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan menampal iklan homestay Mantin di kedai-kedai runcit dan kedai makan yang berdekatan sahaja. Kebanyakkan pelanggannya sekitar Selangor dan Negeri Sembilan sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM1000-RM1500 dan bergantung kepada keuntungan  yang diperolehi mengikut musim cuti umum mahupun musim cuti sekolah sahaja. Sekiranya ada majlis perkahwinan berhampiran homestay beliau menjadi pilihan pengunjung. Tahap penggunaan ICT beliau hanyalah asas sahaja dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI1M bagi memajukan lagi perniagaan beliau.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet 1Malaysia Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan berkenaan perkhidmatan homestay Mantin beliau di dalam laman web seperti di blogger serta Facebook. Cik Nur Fatin juga turut menggunakan https://www.airbnb.com/rooms/11873751 untuk memudahkan pelanggan dalam berurusan dengan memperolehi maklumat serta lokasi perkhidmatan homestay beliau melalui iklan yang dimuat naik.  Beliau juga merasai penggunaan ICT dalam pengurusan perniagaan memudahkan urusan perniagaannya dari segi penerangan maklumat kepada pelanggan dan juga menjimatkan promosi perniagaan. Hingga kini, Cik Nur Fatin amat berpuas hati dengan cara pengiklanan di media sosial.

Lampiran Gambar :