PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN JUTA BERSIH VENTURES

Nama :  En. Azman Bin Subhan

Umur :  33 tahun

Ahli    :  Ogos 2016

 

Latar Belakang :

Encik Azman merupakan seorang pengurus operasi bagi syarikat perkhidmatan pembersihan iaitu Juta Bersih Ventures.  Beliau mula beroperasi sejak 2 tahun lalu dimana beliau mengambil tender-tender perkhidmatan melalui syarikat yang beliau bekerja sekarang. Beliau diberikan amanah untuk menjalankan pemberian perkhidmatan pembersihan yang merangkumi nilai tender bawah RM10,000.00. Oleh hal demikian, beliau membuka satu syarikat persendirian untuk memudahkan pelanggan untuk berurusan dan mendapatkan maklumat. Beliau memiliki lebih kurang 10 orang tenaga kerja dan diambil secara pekerja sementara. Beliau mengetahui cara berkesan dengan mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial. Beliau mencari alternatif dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai.  


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Encik Azman hanya menjalankan tender-tender perkhidmatan pembersihan melalui syarikat tempat beliau berkerja. Beliau masih belum dapat menarik lagi pelanggan di sekitar kawasan Nilai. Pendapatan beliau bergantung pada keuntungan kasar yang diperolehi dan beliau juga perlu mengajikan pekerja di bawah penyeliaan beliau. Tahap penggunaan ICT beliau adalah sederhana mahir sahaja dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI bagi memajukan lagi perniagaan beliau.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan berkenaan perkhidmatan pembersihan beliau di dalam laman web seperti di blogger serta Facebook. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat serta lokasi perniagaan beliau melalui iklan yang dimuat naik.  Beliau juga merasai penggunaan ICT dalam pengurusan perniagaan memudahkan urusan perniagaannya dari segi penerangan maklumat kepada pelanggan dan juga menjimatkan promosi perniagaan.

Lampiran Gambar :