USAHAWAN MADU TUALANG

Nama  :  En. Faisal Bin Abd Rahim

Umur  :  41 Tahun

Ahli     :  Ogos 2016 

 

 Latar Belakang :

Encik Faisal merupakan seorang usahawan produk Madu Tualang di kawasan Mantin, Pajam dan sekitar kawasan Nilai. En. Faisal mengusahakan secara bersendirian dan rata-rata pelanggannya sekitar Negeri Sembilan sahaja. Oleh itu, beliau mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai. Produk madu ini dihasilkan daripada lebah madu gergasi yang membina sarang pada cabang lebih daripada 70m pokok tualang tinggi di Pahang, Malaysia. Madu Tualang mempunyai banyak khasiat iaitu anti-mikrob, anti-radang, antioksidan dan sifat-sifat antidiabetik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Encik Faisal membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan menggunakan laman web Mudah.my. Kebanyakkan pelanggannya sekitar Negeri Sembilan sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM1000-RM1500 dan bergantung kepada keuntungan yang diperolehi hasil daripada madu yang berjaya beliau jual kepada pelanggan. Tahap penggunaan ICT beliau sederhana mahir sahaja dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI bagi memajukan lagi perniagaan beliau.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan madu tualang yang ingin dijual di dalam laman web terutamanya di Mudah.my dan beliau mempunyai blog khas mengenai perniagaan madu beliau. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai khasiat madu beliau yang dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh Encik Faisal di dalam laman web mudah.my dan maklumat produk di blog khas beliau iaitu http://www.aisanahoney.com. Akhirnya, beliau berjaya menjual produk madu beliau di luar kawasan Negeri Sembilan seperti negeri Selangor, Pahang, Kuala Lumpur dan lebih menarik lagi beliau dapat memasarkan produk madu beliau di negara Jepun hasil kenalan beliau di sana.

Lampiran Gambar :