PENGUSAHA RESTORAN SMALL PORTION CAFE

Nama : En. Rosdi Bin Haron

Umur : 34 tahun

Ahli   :  April 2018


Latar Belakang :

En. Rosdi merupakan pengusaha restoran Small Portion Cafe dan di Taman Mulia, Negeri Sembilan. Beliau mengusahakan kafe ini bersama isterinya iaitu Puan Noor Wahyu. Beliau baru membuka kafe ini selama 4 bulan namun pengalaman beliau telah hampir 5 tahun mengendalikan restoran dan katering sebelum ini membuatkan beliau membuka kafe sendiri.  Pelanggan-pelanggan beliau merupakan penduduk di sekitar Taman Mulia dan kafe beliau sedia menerima tempahan dari luar kawasan dan turut menyediakan penkhidmatan penghantaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En Rosdi membuat promosi kedainya secara kreatif dengan membuat pendekatan menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook serta kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan mengambil tempahan dari majlis-majlis penduduk setempat seperti kenduri kahwin, majlis perasmian dan kenduri kecil-kecilan. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap sederhana dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai restoran Small Portion Cafe ini. Kadar keuntungan kasar beliau sehari adalah RM 300.00 sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau tahap sederhana sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan kedai beliau kepada penduduk luar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan restoran Small Portion Cafe di dalam laman web terutamanya di Facebook dan Instagram bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai restoran terbabit serta menu-menu menarik yang disediakan untuk pelanggan beliau.Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan restoran beliau serta pelanggan yang hadir semakin hari semakin bertambah dari masa ke semasa. Pendapatan dalam sehari juga meningkat kepada RM600.00 sehari disebabkan oleh hasil transformasi yang dilakukan dalam pengurusan restoran terbabit membuatkan pelanggan restoran beliau berpuas hati dengan menu makanan, pesekitaran dan khidmat mesra pelanggan yang diberikan. 

Lampiran Gambar