PENJUAL PRODUK MINUMAN KESIHATAN YAKULT

Nama : Puan Noor Masjuieetta Bt Khamis

Umur : 43 tahun

Ahli   :  18 Mei 2017


Latar Belakang :

Puan Noor merupakan seorang usahawan dan ejen produk minuman Yakult. Beliau memulakan perniagaan beliau di sekitar Taman Bukit Inai dan Nilai. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini baru 1 tahun dan rata-rata pelanggannya tertumpu di kawasan persekolahan di Nilai dan Mantin. Beliau telah mencari alternatif lain dalam memajukan perniagaan serta meningkatkan pendapatannya supaya dapat menarik lagi pelanggan beliau dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Noor memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di sekolah-sekolah serta program-program yang melibatkan penyertaan yang ramai orang dan rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk memperkenalkan produk ini. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut kelas keusahawanan yang dikendalikan oleh petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Hasil pendapatan bulanan beliau hanya RM300.00 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan penjualan minuman yakult yang ingin dijual di dalam laman web terutamanya di Mudah.my dan Facebook.com. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai minuman yakult yang dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh Puan Noor di dalam media sosial. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan hasil jualan beliau dan hasil pendapatan beliau meningkat kepada RM 500.00 sebulan.

Lampiran Gambar