ASAS MENAIP, MICROSOFT OFFICE DAN ENGLISH CENTRAL

Nama : Muhammad Silmi Abshar Bin Mohd Saidi

Umur : 14 tahun

Ahli   :  Julai 2016


Latar Belakang :

Saya merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Antara hobi yang saya minati adalah menggunakan komputer. Saya kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak (SMKTS) iaitu di tingkatan 2. Di sekolah terdapat mata pelajaran teknologi maklumat dan komunikasi iaitu pembelajaran yang berkaitan dengan dunia teknologi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Semasa waktu persekolahan, saya sering pergi ke makmal komputer untuk menggunakan komputer. Tujuan saya ke sana adalah untuk mendalami lagi ilmu-ilmu komputer dengan mencari sumber-sumber rujukan pembelajaran melalui internet. Namun terdapat kekangan masa dalam penggunaan makmal komputer kerana saya akan pergi ke makmal komputer pada waktu yang lapang sahaja dan pada waktu ketiadaan kelas lain yang menggunakan makmal komputer tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya telah menerima khabar berita baik di kawasan berhampiran dengan tempat tinggal saya bahawa terdapat satu tempat khas yang menyediakan perkhidmatan untuk pembelajaran komputer iaitu di Pusat Internet. Saya berasa gembira dan bersyukur kerana Pusat Internet tersebut sangat dekat dengan tempat tinggal saya. Selain itu, Pusat Internet ada menyediakan pelbagai perkhidmatan lain selain daripada kelas pembelajaran komputer untuk komuniti setempat antaranya perkhidmatan internet, pencetakan, fotostat dan sebagainya. Saya boleh menggunakan peluang yang telah ada ini untuk ke sana dengan mencari bahan-bahan rujukan tambahan pembelajaran untuk mengulangkaji. Saya juga boleh pergi kesana pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang permasalahan. Di samping itu juga, saya boleh mengikuti kelas-kelas latihan yang telah diaturkan oleh pihak Pusat Internet secara percuma. Selain itu, caj bayaran yang dikenakan terhadap setiap perkhidmatan yang digunakan adalah murah berbanding harga luar. Pusat Internet juga menyediakan kemudahan ruang yang sangat cantik, berkualiti dan selesa untuk pengguna-pengguna yang datang menggunakan komputer.

Lampiran Gambar