PENJUAL KICAP CHAR KUEY TEOW ZENIA SERBAGUNA

Nama : Noor Wahyu Binti Mohd Nazri

Umur : 34 tahun

Ahli   : 18 April 2018


Latar Belakang :

Puan Wahyu merupakan pengusaha restoran Small Portion Cafe dan di Taman Mulia, Negeri Sembilan dan penjual kicap char kuey teow Zenia serbaguna. Beliau mengusahakan penjualan kicap ini selama 2 tahun bersama mengendalikan restoran dan katering dalam masa yang sama. Pelanggan-pelanggan beliau merupakan penduduk di sekitar Taman Mulia dan cafe beliau sukar menerima tempahan dari luar kawasan dan turut menyediakan penkhidmatan penghantaran. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi tempahan kicap serta pelanggan ke restoran beliau. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Wahyu membuat promosi produk kicap Zenia kedainya secara kreatif dengan membuat pendekatan menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook serta kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Pendapatan beliau dikatakan kurang memuaskan dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai kicap char kuey teow Zenia serbaguna ini. Kadar keuntungan kasar beliau sebulan adalah RM 400.00 sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau tahap sederhana sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan produk beliau kepada penduduk luar. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk kicap char kuey teow Zenia serbaguna ini dalam laman web terutamanya di Facebook, Instagram serta laman perniagaan Shopee bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan penjualan produk beliau serta tempahan dari pelanggan semakin bertamabah. Pendapatan sebulan juga meningkat kepada RM800.00 disebabkan oleh hasil transformasi yang dilakukan dalam penjualan produk terbabit membuatkan pelanggan beliau berpuas hati dengan produk kicap char kuey teow Zenia serbaguna ini dan khidmat mesra pelanggan yang diberikan. 

Lampiran Gambar