USAHAWAN KEK, ROTI DAN BISKUT

Nama : Puan Qistina Bt. Hussain

Umur : 35 tahun

Ahli   : 16 November 2019


Latar Belakang :

Puan Qistina merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan kek, rotidan biskut secara kecil-kecilan sahaja. Puan Qistina merupakan seorang yang mahir dalam pembuatan kek dan roti telah memulakan perniagaan kek sejak 3 tahun lalu dimana mengambil tempahan dari penduduk tempatan sahaja. Puan Qistina ini juga telah mengusahakan penjualannya di sekitar Nilai, Pajam, dan Mantin. Disebabkan hasil penjualan yang tidak memberangsangkan beliau cuba menjual produk makanannya dikawasan pasaraya namun tidak berjaya. Oleh hal demikian, beliau mengetahui cara berkesan dengan mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial. Beliau mencari alternatif dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Qistina membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat, laman Facebook dan menggunakan laman web Instagram.  Kebanyakkan pelanggannya sekitar Nilai, Pajam, dan Mantin sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM500.00 sebulan dan bergantung kepada keuntungan yang diperolehi hasil daripada tempahan kek, roti dan biskut yang berjaya beliau jual kepada pelanggan. Tahap penggunaan ICT beliau tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perniagaan kek, roti dan biskut yang ingin dijual di dalam laman web terutamanya di laman Facebook dan Instagram dengan lebih kreatif. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai pelbagai bentuk dan kreativiti Puan Qistina dalam pembuatan kek, rotidan biskut yang dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh beliau di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya meluaskan hasil jualan beliau di luar kawasan Negeri Sembilan seperti negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Hasil pendapatan beliau juga turut meningkat kepada RM1500.00 sebulan. Dalam jangka panjang, beliau bercita-cita membuka sebuah kedai kek beliau sendiri bagi memudahkan pelanggan beliau mencari serta mencuba keunikkan hasil pembuatan kek, roti dan biskut Puan Qistina. Tambahan lagi, beliau dapat mempelajari pelbagai resepi kek dan roti lain dan cuba mempelajari perkara baru dengan membuat pelbagai kek yang menarik dengan penggunaan internet yang terdapat di pusat internet ini.

Lampiran Gambar