USAHAWAN KAMBING PERAP MR. PEPPER

Nama : Che Mohd Nordin Bin Che Ali

Umur : 51 tahun

Ahli   : 20 Julai 2020


Latar Belakang :

En. Nordin merupakan seorang usahawan dan ejen Nilai bagi produk Kambing Perap Mr Pepper dan mengusahakan perniagaannya secara kecil-kecilan sahaja. Beliau memulakan perniagaan ini selepas beliau telah ditamatkan perkerjaannya oleh majikan terdahulu pada bulan Mac 2020 lepas. Skop jualannya hanyalah tertumpu di kawasan sekitar Nilai, Pajam dan Mantin. Disebabkan hasil penjualan yang tidak memberangsangkan beliau cuba menjual produk makanannya dikawasan pasaraya namun tidak berjaya. Oleh hal demikian, beliau mengetahui cara berkesan dengan mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial. Beliau mencari alternatif dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En. Nordin membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat, laman Facebook dan menggunakan laman web Instagram.  Kebanyakkan pelanggannya sekitar Nilai, Pajam, dan Mantin sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM400.00 sebulan dan bergantung kepada komisen keuntungan yang diperolehi hasil jualannya. Tahap penggunaan ICT beliau tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui beberapa kelas ICT dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas-petugas Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk makanannya di dalam laman web terutamanya di laman Facebook dengan lebih kreatif. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kambing perap Mr Pepper dan harga setiap produk makanan jualannya. Akhirnya, beliau berjaya meluaskan hasil jualan beliau di sekitar Negeri Sembilan. Hasil pendapatan beliau juga turut meningkat kepada RM1500.00 sebulan. Tambahan lagi, beliau dapat mempelajari beberapa jenis perniagaan lain bagi menambahkan lagi pendapatan seisi keluarga beliau. 

Lampiran Gambar