PEMBEKAL TONG GAS MIRA

Nama : Mohammad Fariez Farhan Bin Md. Noor

Umur : 25 tahun

Ahli   : 29 Jun 2020


Latar Belakang :

En. Fariez merupakan pembekal perkhidmatan tong gas jenama Mira di sekitar kawasan Mantin, Negeri Sembilan. Beliau terlibat dalam pembekal tong gas setelah ditamatkan perkhidmatan kerja asalnya disebuah kilang terdahulu. Beliau nekad mengeluarkan modal bagi menjadi pembekal tong gas dan hampir 1 tahun mengusahakan perkhidmatan ini. Kini beliau telah mempunyai pelanggan tetap yang rat-ratanya pengusaha kedai makan, kedai runcit dan penghantaran rumah ke rumah. Namun beliau juga mempunyai kekangan dalam melakukan pemasaran perkhidmatannya. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi jumlah pelanggan beliau. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En. Fariez membuat promosi perkhidmatan penjualan tong gas ini secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui bertanyakan di kedai-kedai runcit dan restoran serta buah mulut penduduk setempat. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap tidak memuaskan dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai perkhidmatan penghantaran tong gas ini. Kadar keuntungan kasar beliau sebulan adalah RM 1000.00 sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan perkhidmatan beliau kepada penduduk luar. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan dan perkhidmatan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perkhidmataan penghantaran tong gas beliau di dalam laman sosial terutamanya di Facebook bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai serta Pajam. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan  dengan  memperolehi  maklumat  mengenai  harga  dan  waktu penghantaran yang disediakan untuk pelanggan beliau. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan beliau serta pelanggan yang semakin hari semakin bertambah. Pendapatan dalam bulanan juga meningkat kepada RM2500.00 sebulan.

Lampiran Gambar