TUKANG JAHIT PAKAIAN WANITA

Nama : Puan Norsyafina Binti Shafiee

Umur : 35 tahun

Ahli   : 14 Oktober 2020


Latar Belakang :

Puan Norsyafina merupakan seorang tukan jahit pakaian wanita di sekitar kawasan Mantin, Negeri Sembilan. Beliau telah mengusahakan perkhidmatan menjahit baju ini selama 3 tahun dan berbekalkan pengalaman beliau bekerja dalam sektor perkhidmatan kedai jahitan baju dan pakaian kanak-kanak. Kini, beliau mengusahakan sendiri kerana kekangan masa dalam menguruskan anak-anaknya dirumah. Namun tempahan yang diterima masih kurang dan perlu mencari cara dalam meningkatkan lagi permintaan baju khususnya dalam musim perayaan. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Norsyafina membuat hebahan dan promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat, laman Facebook sahaja. Kebanyakkan pelanggannya sekitar Nilai, Pajam, dan Mantin sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM400.00 sebulan sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus pusat internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perkhidmatan  di  dalam laman  web terutamanya  di Facebook.com bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Mantin mahupun dari luar. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai perkhidmatan dan harga promosi menarik yang disediakan untuk pelanggan beliau. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan perkhidmatan jahitan beliau kepada RM1000.00 sebulan serta pelanggan semakin hari semakin bertambah dari masa ke semasa.

Lampiran Gambar