|
Tujuan :
Tujuan pemeriksaan kesihatan ini dilakukan adalah untuk melihat tahap rekod kesihatan para penggunan yang menggunakan aplikasi myhealth ini. Aplikasi My Health ini adalah digunakan untuk memeriksa tekanan darah para pengguna untuk mengelakkan diri daripada menghidap darah tinggi. Aplikasi ini amat membantu para pengguna dalam penjagaan kesihatan diri.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas kepada para pengguna tentang fungsi dan kegunaan aplikasi tersebut. Petugas juga memberi taklimat ringkas berkenaan langkah-langkah untuk menjaga kesihatan diri seperti dari aspek pemakanan dan senaman. Petugas menggunakan aplikasi tersebut untuk merekod data kesihatan para pengguna yang menggunakan aplikasi myhealth.