|
Tujuan :
Tujuan kelas advokasi ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para peserta tentang kepentingan terhadap keselamatan internet terutamanya kepada pengguna-pengguna komputer. Selain itu, para peserta diajar tentang langkah-langkah untuk menjaga keselamatan komputer dan cara untuk mengelakkan komputer daripada dicerobohi oleh pengguna yang tidak dikenali. Tambahan pula, membantu para peserta dalam mengenalpasti kesahihan maklumat di media sosial sebelum membuat perkongsian maklumat.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas kepada para peserta berkenaan pengenalan modul advokasi iaitu klik dengan bijak dan portal Sebenarnya.my. Para peserta diajar tentang teknik-teknik keselamatan dalam penggunaan internet dan diajar untuk mengenalpasti terlebih dahulu kesahihan maklumat atau berita sebelum berkongsi di media sosial.