Asas Komputer : Microsoft Office (Word, Powerpoint dan Excel)

Nama : Syarifah Nor Baizura Binti Syed Mohamed Ikram

Umur : 42 tahun

Ahli   : 13 Januari 2024


Latar Belakang :

Puan Syarifah Nor Baizura atau lebih dikenali sebagai Puan Zura merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak yang tinggal di Taman Nada Alam, Nilai, Negeri Sembilan. Beliau merupakan seorang yang aktif dan sentiasa mengambil berat terhadap anak-anaknya terutamanya dari segi pembelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Sebelum penglibatan beliau di NADI, beliau banyak menghabiskan masanya di rumah sahaja dengan mengemas rumah serta menghantar dan mengambil anakanaknya di sekolah. Beliau juga berusaha memberi tumpuan kepada anakanaknya terhadap pendidikan supaya mereka fokus dan berjaya di dalam setiap pembelajaran. Antara permasalahannya adalah, beliau tidak tahu cara untuk membantu anak-anaknya dari segi pembelajaran supaya lebih fokus dan menjadikan pembelajaran tersebut lebih interaktif.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Alhamdulillah, beliau bersyukur dan berterima kasih setelah mengetahui adanya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) berdekatan dengan tempat tinggalnya. Ini membuatkan beliau bersemangat untuk ke NADI untuk mendapatkan maklumat bantuan dan cara permohonan bantuan. Beliau telah bertemu dengan petugas NADI untuk membantu beliau dalam meningkatkan teknik pembelajaran yang lebih berkesan terhadap anak-anaknya supaya mereka lebih fokus dan lebih interaktif. Selain itu, beliau juga mengikuti beberapa kelas latihan ICT yang disediakan oleh pihak NADI seperti kelas asas Microsoft Office (Word, Powerpoint dan Excel) serta kelas keusahawanan. Selain itu, beliau juga sering hadir ke NADI untuk menggunakan perkhidmatan cetak dan fotokopi.

Lampiran Gambar