Usahawan Pakaian Budak

Nama :Intan Nur Zulaikha Binti Malek

Umur : 31 Tahun

Ahli   : 24 Julai 2023

Latar Belakang :

Puan Intan merupakan seorang surirumah dan menjadi usahawan setelah mula berminat dalam perniagaan di alam digital ini. Beliau mula berniaga dengan menjual pakaian kanak-kanak setelah berminat membeli di Shopee. Oleh itu, beliau mula mencari pengeluar pakaian kanak-kanak di laman sosial. Beliau menjual di kawasan sekitar taman dan jiran-jiran tertangga sahaja. Disebabkan hasil penjualan yang tidak memberangsangkan beliau cuba menjual dikawasan luar Nilai namun tidak berjaya. Oleh hal demikian, beliau mengetahui cara berkesan dengan mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial. Beliau mencari alternatif dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi NADI Taman Bukit Inai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Puan Intan membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan laman WhatApps sahaja. Kebanyakkan pelanggannya sekitar Nilai sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM300.00 sebulan dan bergantung kepada hasil keuntungan yang diperolehi hasil jualannya. Tahap penggunaan ICT beliau tahap sederhana mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Melalui beberapa kelas ICT dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas-petugas NADI Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk makanannya di dalam laman web terutamanya di laman media dengan lebih kreatif. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai tepung bungkus Abdul. Akhirnya, beliau berjaya meluaskan hasil jualan beliau di sekitar Negeri Sembilan. Hasil pendapatan beliau juga turut meningkat kepada RM1500.00 sebulan. Tambahan lagi, beliau dapat mempelajari beberapa jenis perniagaan lain seperti Shopee bagi menambahkan lagi pendapatan seisi keluarga beliau. 

Lampiran Gambar