Tudung Bawal (Lamira Collection)

Nama : Puteri Noorlisza Nengseh Binti Hamzah

Umur : 62 tahun

Ahli   : 18 Dec 2022

Latar Belakang :

Puan Noorlisza seorang usahawan tudung bawal dan merupakan agen kepada produk fesyen Lamira Collection. Puan Noorlisza sebelum ini telah lama berniaga pelbagai produk tempatan namun tiada sambutan. Bagi menambahkan pendapatan keluarganya beliau menceburi dalam dunia perniagaan fesyen dengan menjual tudung bawal. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini selama 1 tahun dan rata-rata pelanggannya pada penduduk setempat. Oleh itu, beliau telah mencari kaedah lain bagi meningkatkan permintaan produk beliau dan mengikuti pelbagai kelas latihan ICT dan satu program keusahawanan yang dianjurkan oleh petugas NADI Taman Bukit Inai, Negeri Sembilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Puan Noorlisza memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan mempromosikan produk kepada rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk memulakan perniagaan ini. Tambahan lagi, lambakan fesyen terkini di luar sana membuatkan beliau terasa persaingan yang tinggi. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap asas ICT dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikuti kelas keusahawanan yang dikendalikan oleh petugas NADI bagi merancakkan lagi perniagaan beliau serta turut mengikuti pelbagai kelas latihan ICT di NADI Taman Bukit Inai. Hasil dari penjualan beliau sebulan hanya RM300.00 sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Selepas mengikuti pelbagai kelas latihan ICT yang dikendali petugas NADI dan bengkel keusahawanan serta teknik-teknik pasaran online ICT yang dibimbing oleh petugas NADI di Pusat Sebaran Maklumat Nasional Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk tudung bawal yang ingin dijual di dalam laman sosial terutamanya di Facebook dan dalam aplikasi Tiktok. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kelebihan produk pakaian yang beliau jual melalui iklan yang dimuat naik di dalam laman sosial. Akhirnya, ilmu yang dipelajari membolehkan hasil penjualan mula bertambah kepada RM700.00 dengan hasil pengiklanan dan pertambahan permintaan dari pelanggan beliau.

Lampiran Gambar