|
Tujuan :
Tujuan pelaksanaan program ini dalah untuk menguar-uarkan kepada komuniti tentang Pusat Internet dan fungsi utama kepada komuniti setempat. Selain itu, memberi pendedahan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada para pengunjung yang hadir. Selain itu juga, membantu kepada komuniti setempat tentang penjagaan kesihatan diri.
Aktiviti :
Para pengunjung yang hadir membuat pendaftaran diri terlebih dahulu di kaunter pendaftaran, kemudian para pengunjung yang hadir, melibatkan diri dalam aktiviti berjalan 1000 langkah bersama petugas Pusat Internet. Selepas daripada itu, aktiviti senamrobik dijalankan bersama-sama kumpulan senamrobik Pusat Internet Taman Bukit Inai.