|
Tujuan :
Kelas mereka cipta poster dijalankan sebagai tanda memperingati sejarah kejadian yang telah berlaku di Malaysia seperti kejadian kapal terbang MH370 terhempas dan sebagainya. Selain itu, dapat menguji tahap kreativiti para pelajar dalam mereka cipta poster secara digital.
Aktiviti :
Petugas PI memberikan sedikit penerangan ringkas mengenai cara penggunaan perisian 'postermywall' kepada para pelajar. Petugas memberikan satu tema iaitu 'pray for' kepada para pelajar untuk mereka cipta poster tersebut dengan mengikut idea dan kreativiti mereka.
|
Tujuan :
Kelas mewarna ini adalah bertujuan untuk membantu para pelajar dalam teknik mewarna dengan betul. Selain itu, memberi mereka belajar sambil berhibur ('edutainment') dengan lukisan mewarna 3 Dimensi (3D).
Aktiviti :
Petugas PI memberi sedikit penerangan mengenai aplikasi 'Quiver' dimana aplikasi tersebut mempunyai beberapa lukisan 3D yang boleh digunakan untuk pembelajaran. Petugas memberikan tugasan kepada para pelajar untuk mewarna lukisan 3D tersebut dan mengimbas lukisan tersebut untuk dipaparkan kepada bentuk 3D.
|
Tujuan :
Kelas latihan usahawan ini dijalankan adalah untuk membantu usahawan dalam meningkatkan perniagaan mereka dan menjana pendapatan yang lebih tinggi.
Aktiviti :
Petugas PI memberikan penerangan ringkas berkenaan perisian-perisian yang mudah untuk membina 'flyers' dan memberi beberapa tips tentang mereka bentuk 'flyers' yang terbaik dan mampu menarik perhatian para pelanggan atau pembeli.
|
Tujuan :
Kelas latihan ICT ini bertujuan adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada para pelajar tabika tentang komputer dan cara penggunaannya dengan betul.
Aktiviti :
Petugas PI memberi sedikit penerangan mengenai pengenalan komputer dan komponen-komponen asas yang ada pada komputer. Selain itu, para pelajar juga diberikan latihan mewarna secara 'online' agar lebih menarik perhatian para pelajar.
|
Tujuan :
Kelas latihan usahawan ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada para usahawan tentang cara-cara melakukan perkongsian maklumat di dalam media sosial.
Aktiviti :
Petugas PI memberikan penerangan ringkas mengenai laman 'facebook' kepada usahawan. Usahawan diajar tentang teknik dan kemahiran untuk mengendalikan laman 'facebook' dengan lebih cepat.