|
Tujuan :
Kelas yang membantu pelajar-pelajar tabika dalam pembelajaran untuk mengenali abjad pada peringkat awal dengan melibatkan pembelajaran menggunakan komputer. Pelajar-palajar juga dapat menyebut sebutan dan menaip abjad tersebut menggunakan microsoft word.
Aktiviti :
Petugas PI membantu mengajar pelajar-pelajar tabika mengenali abjad melalui beberapa contoh gambaran abjad di internet. Petugas PI memberi arahan kepada pelajar-pelajar tabika untuk menyebut abjad tersebut supaya lebih ingat dan mudah faham. Pelajar-pelajar tabika juga di suruh untuk menyusun semula abjad tersebut melalui permainan secara online.
|
Tujuan :
Kelas usahawan ini dijalankan adalah untuk membantu para usahawan dalam perniagaan mereka supaya dapat dipromosikan kepada orang ramai. Di samping itu juga, dapat membantu menjana pendapatan yang tinggi kepada para usahawan.
Aktiviti :
Petugas PI memberi taklimat ringkas mengenai kandungan yang ada dashboard komuniti. Aplikasi dashboard komuniti ini juga mempunyai platform khas kepada para usahawan untuk mejual produk mereka secara atas talian. Para usahawan diajar untuk memuat naik produk mereka menggunakan aplikasi dashboard komuniti.
|
Tujuan :
Permainan silang kata ini dilakukan adalah untuk meningkatkan kemahiran minda dan ketangkasan para pelajar dalam mencari perkataan-perkataan yang tersembunyi di dalam kotak permainan. Para pelajar diuji dengan ketajaman penglihatan mereka dalam menyelesaikan permainan tersebut.
Aktiviti :
Petugas PI membuka laman sesawang tersebut dan mengajar para pelajar tentang cara untuk memulakan permainan tersebut. Seterusnya, para pelajar bersaing antara satu sama lain untuk menyelesaikan permainan tersebut.
|
Tujuan :
Kelas advokasi ini dijalankan antara kerjasama pihak SK Labu dan Kluster Pusat Internet daerah Seremban adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar dalam penggunaan internet dengan lebih terjamin dan selamat. Para pelajar juga dapat berkongsi ilmu pengetahuan antara guru dan rakan-rakan tentang kebaikan dan keburukan dalam penggunaan internet terutamanya di media sosial.
Aktiviti :
Petugas-petugas Pusat Internet memberi taklimat tentang beberapa modul advokasi yang berkenaan dengan langkah-langkah keselamatan dalam penggunaan internet. Selain itu, petugas memberi beberapa makluman tentang kebaikan dan keburukan yang akan berlaku kepada para pelajar sebagai pengguna. Para pelajar juga diuji dengan beberapa aktiviti yang dijalankan oleh petugas PI seperti menjawab soalan.
|
Tujuan :
Kelas permainan 'kahoot' merupakan permainan yang menguji minda para pelajar berdasarkan soalan-soalan yang dikeluarkan. Para pelajar perlu memberikan jawapan yang tepat pada soalan yang dipaparkan. Kelas ini juga meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berfikir dalam kalangan para pelajar.
Aktiviti :
Petugas PI memberikan sedikit penerangan ringkas mengenai cara permainan dan kategori-kategori soalan yang terdapat dalam permainan tersebut. Para pelajar menjawab soalan yang dipaparkan di skrin dalam masa yang telah ditetapkan. Pelajar yang mendapat markah tertinggi adalah dikira sebagai pemenang.