|
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pemahaman kepada para peserta dalam tahap penguasaan asas di dalam operasi matematik seperti operasi tambah, tolak dan darab. Selain itu, para peserta diuji tentang pemahaman mereka melalui permainan aplikasi 'crossmath'.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi ujian sifir kepada para peserta dengan tujuan untuk mengukur kepantasan dan kecekapan para peserta dalam menulis sifir dengan betul. Petugas juga memberi latihan operasi melalui aplikasi 'crossmath' kepada para peserta supaya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka di dalam mata pelajaran matematik.
|
Tujuan :
Tujuan permohonan melalui sistem ini dilakukan adalah untuk memudahkan urusan kepada bakal pasangan yang akan berkahwin untuk membuat permohonan perkahwinan secara atas talian. Selain itu, permohonan ini juga dapat menjimatkan menjimatkan masa dan tenaga berbanding berurusan di Pejabat Agama Islam Negeri.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan ringkas berkenaan langkah-langkah permohonan di dalam sistem tersebut dengan memaklumkan kepada pemohon tentang butiran-butiran yang diperlukan sebelum mengisi permohonan tersebut.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang keperluan asas utama bagi tumbuhan seperti air, udara dan cahaya matahari. Para pelajar juga dapat menjalankan sesi praktikal tentang proses penanaman pokok dari mula hingga akhir.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan berkenaan pengenalan keperluan asas tumbuhan. Para pelajar juga diberi peluang untuk membuat infografik berkenaan tajuk pembelajaran tersebut. Selain itu, para pelajar diajar tentang proses penanaman pokok dari mula sehingga akhir proses penanaman.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang pemakanan haiwan. Selain itu, para pelajar diuji pengetahuan mereka melalui kuiz sebagai latihan pengetahuan mereka.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan ringkas tentang tajuk pemakanan haiwan kepada para pelajar. Topik ini menerangkan tentang cara pemakanan haiwan tersebut dengan ikut kategori herbivor, karnivor dan omnivor.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam membuat poster yang berbentuk infografik dan menguji kemahiran kreativiti para pelajar dalam mereka cipta poster. Di samping itu, para pelajar dapat berkongsi ilmu berkenaan kebaikan dan keburukan permainan di internet.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan ringkas tentang pengenalan poster infografik. Selain itu, petugas juga menerangkan secara ringkas tentang penggunaan aplikasi 'canva' sebelum memulakan aktiviti membuat poster infografik.