|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kemahiran para pelajar tentang penggunaan perisian 'Microsoft Excel'. Selain itu dapat memberi pendedahan kepada para pelajar teknik menggunakan formula pengiraan di dalam 'Microsoft Excel'.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan tentang modul 'Microsoft Excel' kepada para pelajar serta mempraktikkan pembelajaran tersebut secara praktikal. Para pelajar juga diajar menggunakan kaedah 'short cut' pada papan kekunci supaya memudahkan urusan kerja.
|
Tujuan :
Tujuan aktiviti advokasi ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada para peserta terhadap keselamatan penggunaan internet yang sering digunakan oleh semua pengguna terutamanya di media sosial.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan tentang modul maklumat palsu dan penipuan kewangan kepada para peserta dan menasihatkan supaya lebih berhati-hati semasa melayari internet dan berkongsi sesuatu berita di internet.
|
Tujuan :
Tujuan kelas asas ini dilaksanakan adalah untuk memberi maklum kepada para pengguna berkenaan peminjaman peranti tablet PEDi untuk digunakan dengan bertujuan melakukan tugasan dan kerja-kerja lain.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan kepada komuniti sekitar PEDi berkenaan cara peminjaman peranti tablet kepada pengguna yang ingin meminjam peranti tersebut.
|
Tujuan :
Tujuan kelas canva ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan dan menguji daya kreativiti para peserta serta meningkatkan kemahiran dalam menggunakan apliaksi canva.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan tentang penggunaan 'tools' yang terdapat di dalam antaramuka aplikasi canva. Petugas juga memberi tugasan kepada peserta dengan mencipta poster Ramadhan.
|
Tujuan :
Tujuan kelas asas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran kepada para peserta dalam penggunaan komputer dan perisisan 'Microsoft Word' supaya memudahkan peserta untuk membuat surat, memo, resume dan kerja kursus.
Aktiviti :
Petugas PEDi mengajar para peserta menggunakan perisisan 'Microsoft Word' secara langkah demi langkah supaya lebih mahir. Ini juga akan melatih para peserta supaya lebih mudah menggunakan aplikasi tersebut pada masa yang akan datang.