Tarikh      :  23 Sept 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk melihat tahap kreativiti para peserta dalam mereka bentuk robot dengan menggunakan kotak dan beberapa barangan terpakai yang lain.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas kepada para peserta tentang langkah-langkah untuk mereka bentuk robot tersebut dengan merangka robot tersebut menggunakan aplikasi 'paint'. Setelah itu, para peserta diberikan alatan-alatan dan barangan terpakai dan seterusnya mereka bentuk robot yang mereka inginkan secara berkumpulan.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  17 Sept 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pengetahuan terhadap negara Malaysia. Setiap peserta diuji dengan beberapa soalan yang berkenaan dengan Malaysia seperti jenis bendera negeri dan jata negeri. Selain itu, turut diberikan pengetahuan tentang rukun negara. 

Aktiviti :

Petugas PEDi menerangkan syarat dan cara permainan explorasi merdeka tersebut kepada para peserta. Peserta menggunakan tab untuk mengimbas kod qr untuk memulakan permainan.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 08 Sept 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang peranan dan fungsi utama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) ini kepada komuniti setempat. Para peserta juga didedahkan dengan kelas latihan ICT secara percuma yang dianjurkan oleh pihak PEDi.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas berkenaan pengenalan peranan dan fungsi utama PEDi terhadapt komuniti setempat. Selain itu, petugas PEDi memberi penerangan tentang perkakasan-perkakasan asas yang terdapat pada komputer. 

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  09 Sept 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang kepentingan adab dan keselamatan semasa menggunakan internet terutamanya di media sosial. Selain itu, peserta juga diberi pengetahuan berkenaan sejarah-sejarah penubuhan Malaysia.

Aktiviti :

Petugas PEDi menerangkan tentang adab-adab semasa menggunakan internet terutamanya bagi pengguna-pengguna di media sosial. Selain itu, peserta juga diajar berkenaan sejarah penubuhan Malaysia semasa negara mencapai kemerdekaan negara.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 07 Sept 2023

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar IPTA


Tujuan :

Tujuan pembukaan akaun SSPN dan permohonan pinjaman PTPTN ini adalah untuk memudahkan urusan pelajar tersebut untuk membuat permohonan secara atas talian. Ini juga akan memudahkan urusan dan menjimatkan masa pelajar tersebut daripada berurusan di kaunter cawangan.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas berkenaan panduan dan langkah-langkah untuk membuat permohonan SSPN dan PTPTN. Petugas PEDi membantu pelajar tersebut dengan membeli nombor pin secara atas talian sebelum membuat pendaftaran akaun. Petugas PEDi juga membantu pelajar tersebut membuat pendaftaran akaun SSPN dan permohonan pinjaman PTPTN dengan memasukkan butiran-butiran maklumat yang dikendaki oleh sistem tersebut.

Lampiran Gambar Aktiviti