|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam membuat poster yang berbentuk infografik dan menguji kemahiran kreativiti para pelajar dalam mereka cipta poster. Di samping itu, para pelajar dapat berkongsi ilmu berkenaan kebaikan dan keburukan permainan di internet.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan ringkas tentang pengenalan poster infografik. Selain itu, petugas juga menerangkan secara ringkas tentang penggunaan aplikasi 'canva' sebelum memulakan aktiviti membuat poster infografik.