Tarikh      : 17 Jun 2023

Masa       :  Jam 10.30 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan permohonan ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan dalam kalangan para pelajar berkenaan topik sumber tenaga.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan secara ringkas kepada para pelajar berkenaan topik Sains iaitu sumber tenaga. Para pelajar juga mempelajari berkenaan jenis-jenis sumber tenaga.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 12 Jun 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Lepasan SPM 2022


Tujuan :

Tujuan permohonan ini dilakukan adalah membantu para pelajar SPM 2022 melanjutkan pelajaran di peringkat yang seterusnya. Pemohon boleh memohon pelbagai bidang yang mereka inginkan.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu peserta untuk membuat permohonan dengan membuka link permohonan dan memberi penerangan kepada pemohon berkenaan bidang-bidang yang dipilih.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 02 Jun 2023

Masa       :  Jam 4.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  2 orang


Tujuan :

Tujuan latihan ini dilakukan adalah untuk memberi latihan dan kemahiran kepada peserta supaya dapat membiasakan diri untuk menjawab soalan-soalan ujian memandu dengan betul dan tepat.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu peserta dengan membuka beberapa soalan latihan ujian memandu di internet sebagai panduan kepada peserta sebagai rujukan latihan sebelum mengambil ujian memandu.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 08 Jun 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  En. Nordin


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilakukan adalah untuk membantu menjalankan perniagaan dan membantu meningkatkan pendapatan usahawan di dalam perniagaan terutamanya di platform digital.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu usahawan dengan memberi pengenalan jenis-jenis aplikasi perniagaan di platform digital, Selain itu, menerangkankan kepada usahawan tentang aplikasi tik tok dan langkah-langkah untuk membuat akaun tik tok.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 02 Jun 2023

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Muhammad Achmal Farish


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu peserta untuk memudahkan usahawan menggerakkan perniagaannya ke arah digital. Selain itu, memudahkan para pelanggan untuk berurusan serta membuat bayaran secara digital.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas tentang kelebihan dan langkah-langkah untuk membuat kod QR kepada usahawan tersebut. Usahawan tersebut membuat kod QR tersebut dengan memasukkan pautan pada bank yang telah dipilih. 

Lampiran Gambar Aktiviti