|
Tujuan :
Tujuan semakan penyata Kumpulan Simpanan Wang Simpanan (KWSP) ini adalah untuk menyemak jumlah simpanan yang ada setelah penolakan akaun dibuat daripada faedah gaji pekerja.
Aktiviti :
Petugas PEDi membantu peserta dengan memberi penerangan berkenaan cara-cara pendaftaran i-Akaun KWSP dan membantu peserta dengan membuat pendaftaran dan memasukkan butiran-butiran yang diperlukan semasa proses pendaftaran dilakukan.
|
Tujuan :
Tujuan pembukaan akaun ini adalah bertujuan untuk memudahkan peserta tersebut untuk membuat semakan status nama peserta tersebut daripada disenarai hitam.
Aktiviti :
Petugas PEDi membantu peserta tersebut dengan mengajar langkah demi langkah berkenaan tatacara pendaftaran akaun CTOS tersebut sehingga berjaya. Petugas juga memberi penerangan ringkas berkenaan pengenalan dan fungsi utama CTOS ini kepada peserta.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilakukan adalah untuk membantu para peserta dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan di dalam penggunaan asas ''Microsoft Office".
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan kepada para peserta sebelum memulakan latihan pengukuhan. Latihan tersebut di laksanakan secara peringkat demi peringkat. Para peserta sangat memberi fokus dan komitmen dalam menyiapkan latihan pengukuhan tersebut.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang kesedaran terhadap kepentingan membuat kata laluan yang kuat supaya lebih selamat dan tidak dicerobohi oleh penggodam luar. Selain itu, para peserta di uji tentang tahap kreativiti mereka dengan membuat poster sempena bulan kemerdekaan.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan ringkas berkenaan langkah-langkah untuk membuat kata laluan yang sangat baik dan lebih kukuh supaya tidak dapat digodam oleh penggodam. Selain itu, peserta juga diajar oleh petugas tentang cara untuk membuat poster merdeka melalui aplikasi 'canva'.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang kesedaran terhadap perkongsian maklumat palsu di media sosial. Selain itu, para peserta juga mempelajari tentang sejarah kemerdekaan sebagai tanda semangat cintakan tanah air.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan tentang modul kesedaran terhadap perkongsian maklumat palsu kepada orang ramai terutamanya di media sosial. Petugas PEDi menerangkan juga portal Sebenarnya.my kepada para peserta sebagai pengetahuan dan langkah berjaga-jaga semasa mendapat sebarang berita atau maklumat palsu. Para peserta juga dapat mempelajari sejarah kemerdekaan dan mengenali tokoh-tokoh kemerdekaan negara.