Tarikh      :  15 Okt 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   : Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar berkenaan jenis-jenis media sosial dan adab-adab menggunakan media sosial dan etika komunikasi di media sosial.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan kepada para pelajar berkenaan jenis-jenis dan adab-adab menggunakan media sosial serta etika berkomunikasi semasa menggunakan media sosial.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  14 Okt 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   : Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para pelajar berkenaan cara pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI) dan kenali jenis-jenis sukan yang ada di dalam aktiviti sukan di Malaysia bersempena Hari Sukan Negara 2023.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas berkenaan pengenalan Hari Sukan Negara dan memberi beberapa pengenalan tentang aktiviti-aktiviti sukan yang ada di dalam sukan di Malaysia dan cara-cara membuat pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI).

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  08 Okt 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri ketika berkomunikasi di hadapan orang ramai. Peserta juga dapat memahami dan meningkatkan kemahiran di dalam penguasaan perkataan Bahasa Inggeris melalui penggunaan penterjemahan di Google.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas kepada para peserta langkah-langkah menggunakan aplikasi 'Google Translate'. Peserta juga diberi tugasan berkenaan latar belakang diri dalam Bahasa Inggeris dan membentangkan tugasan tersebut di hadapan peserta-peserta yang lain sebagai tujuan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan memberi keyakinan kepada para peserta.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  10 Okt 2023

Masa       :  Jam 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Usahawan dan Sekolah rendah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi kemudahan kepada usahawan dalam urusan pembayaran sepanjang tempoh pembelian produk daripada pelanggan yang membuat urusana pembelian. Selain itu, pembelajaran asas 3 dimensi juga melatih pelajar untuk membuat model 3 dimensi supaya lebih mahir. 

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan tentang langkah-langkah untuk membuat kod QR kepada usahawan untuk memudahkan urusan usahawan tersebut. Petugas PEDi juga memberi membantu pelajar dalam memberi idea dan asas sebelum membangunkan reka bentuk model 3 dimensi tersebut.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  07 Okt 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan kitar semula telefon pintar lama dan barangan elektronik yang telah rosak. Selain itu, memberi pengetahuan terhadap barangan yang boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas kepada para peserta tentang kesedaran kitar semula telefon pintar dan barangan elektronik lain serta kesan-kesannya terhadap alam sekitar jika tidak dapat dikawal permasalahan tersebut. Petugas PEDi juga memberi pengetahuan kepada para peserta tentang definisi konduktor dan penebat elektrik dan jenis-jenis bahan konduktor dan penebat.

Lampiran Gambar Aktiviti