|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan ICT di dalam pembelajaran 'Microsoft Power Point'. Selain itu, melatih para peserta dalam mencari maklumat yang betul dan tepat di internet. Tambahan pula, melatih peserta dalam pembentangan hasil kerja kepada kawan-kawan yang lain.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan kepada peserta berkenaan asas 'Microsoft Power Point' kepada peserta. Peserta diarahkan untuk mencari maklumat di internet tentang perayaan hari gawai untuk dibentangkan kepada kawan-kawan yang lain.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu peserta dalam membuat pendaftaran sijil perniagaan supaya lebih mudah dan cepat dengan melakukan permohonan pendaftaran tersebut di laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi tunjuk ajar dengan dengan memberi penerangan kepada para pelajar berkenaan cara-cara untuk membuat pendaftaran. Peserta perlu melengkapkan segala maklumat yang dikehendaki oleh pihak SSM. Peserta juga perlu mengikuti sesi temuduga secara atas talian oleh pihak SSM sebelum mengesahkan permohonan SSM.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar dalam pembelajaran di sekolah. Kelas tambahan ini, juga membantu meningkatkan pengetahuan para pelajar dengan lebih praktikal.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi pautan kelas supaya para pelajar dapat mengikuti kelas tambahan tersebut. Guru kelas tersebut memberi penerangan berkenaan tajuk pembelajaran tersebut dan memberi latihan kepada para pelajar dengan memberi lembaran kerja dan kuiz interaktif agar para pelajar lebih faham.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi latihan dan meningkatkan pengetahuan kepada para pelajar berkenaan asas 'Microsoft Office Excel' bagi memudahkan cara membuat rekod data.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi tunjuk ajar dengan dengan memberi penerangan kepada para pelajar berkenaan pengenalan 'Microsoft Excel' dan memberi tunjuk ajar kepada para pelajar tentang formula kiraan menggunakan bahasa pengaturcaraan.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam pembelajaran di sekolah. Selain itu, meningkatkan kemahiran para pelajar di dalam penggunaan komputer.
Aktiviti :
Petugas PEDi membantu para pelajar dengan menerangkan langkah-langkah menggunakan papan kekunci komputer dengan menyediakan latihan menaip secara interaktif agar para pelajar lebih mahir dan cekap menggunakannya semasa menaip.