Tarikh      :  08 Nov 2023

Masa       :  Jam 4.30 Petang - 5.30 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Usahawan


Tujuan :

Tujuan membuat kod QR bank ini adalah untuk memudahkan urusan transaksi pembayaran urusniaga kepada para pelanggan dan penjual dalam urusan jual dan beli.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu usahawan membuat kod QR bank dengan mengajar langkah-langkah untuk membuat kod QR bank. Setelah itu, petugas PEDi membantu usahawan tersebut untuk memcetak dan laminate kod QR tersebut.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  07 Nov 2023

Masa       :  Jam 2.30 Petang - 3.30 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa


Tujuan :

Tujuan pengemaskinian maklumat ini dilakukan adalah kerana untuk memudahkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuat pemantauan dan rujukan rekod senarai pelajar murid yang telah didaftarkan.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu peserta tersebut dengan memasukkan akaun nama pengguna dan kata laluan sebelum membuat kemaskini maklumat pelajar di dalam sistem tersebut. Seterusnya, petugas PEDi membantu mengemaskini segala maklumat yang dikehendaki oleh sistem tersebut.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  04 Nov 2023

Masa       :  Jam 10.30 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   : Sekolah Rendah, Menengah dan Dewasa


Tujuan :

Tujuan kelas-kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan kepada para peserta dari aspek pembelajaran asas seperti pembelajaran asas komputer dan kemahiran.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan kepada para pelajar berkenaan penggunaan aplikasi canva supaya para peserta dapat mempelajari dan memahami tentang cara membuat poster menggunakan aplikasi canva. Selain itu, petugas PEDi mengajar peserta untuk memasukkan data ke dalam "Microsoft Office Excel".

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  05 Nov 2023

Masa       :  Jam 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   : Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk membantu para peserta dalam meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi dan memberi keyakinan pada diri supaya berani apabila berhadapan dengan orang ramai.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas kepada para peserta tentang kesedaran terhadap scammer di laman media sosial. Seterusnya, petugas memberi penerang kepada para peserta tentang teknik-teknik komuikasi berkesan dan memberi tugasan pembentangan kepada para peserta berdasarkan tajuk yang diberikan kepada para peserta.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  22 Okt 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   : Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para peserta untuk mengenali dengan lebih dekat lagi dengan dunia Sains dan Teknologi.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan kepada para pelajar berkenaan pengenalan dunia Sains dan Teknologi. Selain itu, para peserta mengenali jenis kerjaya terhadap bidang Sains. Para peserta juga dapat mengenali jenis-jenis peralatan yang digunakan oleh saintis semasa membuat ujikaji.

Lampiran Gambar Aktiviti