Tarikh      : 15 Julai 2023

Masa       :  Jam 11.00 Pagi -  12.30 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalanakan adalah untuk membimbing dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran terhadap para pelajar dalam aktiviti perkhemahan. Para pelajar juga dapat belajar sikap berdikari dan kerjasama antara kumpulan.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas tentang langkah-langkah untuk memasang khemah melalui panduan video daripada 'youtube'. Selain itu, para pelajar juga dapat mengenali barang-barang utama untuk memasang khemah. Tambahan pula, dapat memberi kerjasama antara kumpulan dalam mendirikan khemah.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 11 Julai 2023

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 4.30 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Lepasan SPM


Tujuan :

Tujuan tugasan ini dilaksanakan adalah untuk memudahkan peserta memuat turun surat tawaran dan borang-borang permohonan IPTA. Selain itu, membantu peserta mengemaskini borang pendaftaran IPTA.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu peserta membuat kemaskini pendaftaran IPTA melalui sistem portal UiTM. Petugas PEDi juga membantu peserta dengan mengajar peserta langkah-langkah memuat turun borang-borang permohonan IPTA.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 06 Julai 2023

Masa       :  Jam 10.30 Pagi - 11.30 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Lepasan SPM


Tujuan :

Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk membuat semakan keputusan permohonan tawaran peserta ke Kolej Matrikulasi bagi sesi 2023/2024.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu peserta dengan memberi tunjuk ajar tentang langkah-langkah untuk membuat semakan permohonan tawaran ke Kolej Matrikulasi serta memuat turun borang-borang yang diperlukan bagi urusan pendaftaran.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 08 Julai 2023

Masa       :  Jam 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk menguji dan meningkatkan daya pemikiran dan kreativiti para peserta terhadap penyelesaian masalah yang diberikan oleh petugas PEDi. Pelajar juga diuji tentang ketangkasan dan kecekapan peserta dalam menangani permasalahan yang diberi.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan secara ringkas kepada para peserta tentang pengenalan kreatif dan inovasi. Peserta juga diberikan beberapa penyelesaian masalah dan beberapa kuiz sebagai langkah untuk menguji tahap pemahaman dan daya pemikiran para peserta.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 02 Julai 2023

Masa       :  Jam 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk menigkatkan kemahiran dan menguji kreativiti para peserta dalam penghasilan gambar polaroid. Di samping itu, para peserta juga boleh menjana pendapatan wang saku mereka dengan menjual gambar polaroid tersebut kepada pembeli yang berminat.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan secara ringkas kepada para peserta tentang gambar polaroid dan cara-cara untuk menghasilkan gambar polaroid tersebut secara langkah demi langkah. Selain itu, para peserta juga di ajar cara untuk menggunakan perisian 'Adobe Photoshop' secara asas.

Lampiran Gambar Aktiviti