Tarikh      : 19 Ogos 2023

Masa       :  Jam 2.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para peserta tentang kepentingan kitar semula telefon pintar dan barang-barang elektronik dan kesannya terhadap alam sekitar.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan kepada para peserta berkenaan kepentingan KITAR terhadap alam sekitar. Selain itu, petugas juga memberi penerangan modul asas komputer berkenaan aplikasi komputer dan fungsinya. Para peserta juga diberi latihan kuiz sebagai ujian dan pemahaman mereka.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 17 Ogos 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengah hari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa dan Usahawan


Tujuan :

Tujuan membuat sebut harga ini adalah untuk memudahkan para pembeli untuk mengetahui berapa jumlah harga yang dinyatakan oleh pihak pembekal barang. Selain itu, profil syarikat juga bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak pembekal berkenaan latar belakang dan tugasan-tugasan yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu peserta dengan memberi tunjuk ajar untuk membuat sebut harga dan profil syarikat dengan menggunakan aplikasi 'Microsoft Word'. Petugas juga memberi penerangan berkenaan pengenalan sebut harga dan profil syarikat secara ringkas supaya peserta lebih faham dan jelas dengan butiran-butiran yang diperlukan.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 06 Ogos 2023

Masa       :  Jam 5.00 Petang - 6.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Sekolah Menengah


Tujuan :

Tujuan permohonan ini dilakukan adalah untuk memudahkan pelajar tersebut untuk membuat permohonan kolej vokasional. Permohonan ini juga dapat menjimatkan masa dan kos daripada berurusan di pejabat.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu pelajar tersebut untuk membuat permohonan kolej vokasional dan memberi penerangan tentang langkah-langkah permohonan tersebut dan butiran-butiran maklumat yang diperlukan semasa proses permohonan dibuat.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 09 Ogos 2023

Masa       :  Jam 5.00 Petang - 5.30 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Belia


Tujuan :

Tujuan membuat resume ini adalah untuk memudahkan proses mencari kerja yang dimohon oleh peserta tersebut. Selain itu, peserta membuat semakan nama di portal SPR untuk memudahkan peserta membuat rujukan.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu peserta dengan memberi tunjuk ajar untuk membuat resume dan memberitahu butiran-butiran penting yang perlu dimasukkan di dalam resume. Selain itu, petugas PEDi membantu peserta untuk membuat semakan nama di dalam portal SPR sebagai rujukan peserta untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 05 Ogos 2023

Masa       :  Jam 5.00 Petang - 5.30 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Usahawan


Tujuan :

Tujuan proses muat turun dokumen tersebut adalah untuk memudahkan usahawan untuk mendapatkan sijil perniagaan mereka dengan hanya melalui sistem Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Selain itu, dapat memudahkan urusan usahawan serta menjimatkan masa dan tenaga mereka daripada berurusan di Ibu Pejabat SSM.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu usahawan tersebut memuat turun sijil perniagaan daripada lama sesawang SSM. Petugas juga menghantar salinan sijil tersebut di aplikasi 'whatsapp' dan emel untuk dijadikan sebagai simpanan dokumen kepada usahawan.

Lampiran Gambar Aktiviti