|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi kemudahan untuk berurusan kepada para peserta untuk menggunakan aplikasi tersebut secara digital dan lebih selamat.
Aktiviti :
Para peserta dibantu dan diajar tentang langkah-langkah untuk mengemaskini nombor telefon baharu di aplikasi shopee seperti mana kaedah panduan yang telah diberikan oleh pihak shopee. Selain itu, peserta juga diajar untuk membuat pendaftaran aplikasi MyJPJ untuk mengemaskini cukai jalan secara digital.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran diri terhadap bahayanya jenayah siber terhadap individu. Selain itu, para peserta dapat menimba pengetahuan tentang penjagaan pemakanan sihat.
Aktiviti :
Para peserta diberi pendedahan dan pengetahuan ilmu tentang jenayah siber yang terdapat di alam maya terutamanya di media sosial. Para peserta juga di ajar tentang pengenalan pemakanan sihat serta mengenali piramid makanan secara sihat. Para peserta juga diuji dengan latihan kuiz secara atas talian oleh petugas PEDi sebagai pemahaman mereka di dalam kelas.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu pemohon untuk membuat penebusan e-Madani sebagai e-Dompet kepada pemohon seperti mana yang telah diberikan oleh pihak kerajaan.
Aktiviti :
Pemohon meminta bantuan daripada petugas PEDi untuk membuat penebusan e-Madani. Petugas PEDi memberi penerangan ringkas tentang langkah-langkah untuk membuat penebusan dan jenis-jenis aplikasi yang boleh dimohon.
|
Tujuan :
Kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang keselamatan komputer dan meningkatkan kemahiran menaip dalam kalangan para peserta.
Aktiviti :
Para peserta mengikuti kelas advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) sebagai pengetahuan tentang keselamatan komputer. Selain itu, para peserta dilatih asas menaip sebagai meningkatkan kemahiran menaip supaya lebih mahir dan pantas.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pengenalan asas komputer dan jenis peranti kemasukan (input) dan keluaran (output) yang terdapat pada perkakasan dan perisian komputer.
Aktiviti :
Para peserta diberi penerangan program advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) terlebih dahulu berkenaan penipuan parcel oleh scammer. Seterusnya, para peserta diberi penerangan pengenalan komputer dan jenis-jenis peranti komputer. Para peserta juga diberikan kuiz sebagai latihan pemahaman mereka sepanjang pembelajaran di dalam kelas.