|
Tujuan :
Tujuan membuat sebut harga ini adalah untuk memudahkan para pembeli untuk mengetahui berapa jumlah harga yang dinyatakan oleh pihak pembekal barang. Selain itu, profil syarikat juga bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak pembekal berkenaan latar belakang dan tugasan-tugasan yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut.
Aktiviti :
Petugas PEDi membantu peserta dengan memberi tunjuk ajar untuk membuat sebut harga dan profil syarikat dengan menggunakan aplikasi 'Microsoft Word'. Petugas juga memberi penerangan berkenaan pengenalan sebut harga dan profil syarikat secara ringkas supaya peserta lebih faham dan jelas dengan butiran-butiran yang diperlukan.