|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang kesedaran terhadap perkongsian maklumat palsu di media sosial. Selain itu, para peserta juga mempelajari tentang sejarah kemerdekaan sebagai tanda semangat cintakan tanah air.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan tentang modul kesedaran terhadap perkongsian maklumat palsu kepada orang ramai terutamanya di media sosial. Petugas PEDi menerangkan juga portal Sebenarnya.my kepada para peserta sebagai pengetahuan dan langkah berjaga-jaga semasa mendapat sebarang berita atau maklumat palsu. Para peserta juga dapat mempelajari sejarah kemerdekaan dan mengenali tokoh-tokoh kemerdekaan negara.