Laporan Pengembara Malaysia Positif Covid-19 (3 April - 27 April 2020).

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian COVID-19 melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

#StaySafeAtHome  #BreakTheChain

Sehingga 27 April 2020 jam 5.00 Petang, terdapat SATU (1) KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 adalah sebanyak 435 KES.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak TUJUH (7) KES.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 142 KES positif COVID-19 adalah dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 53 KES adalah dari Kluster Rembau dan Kluster Sendayan sebanyak 81 KES dengan SATU (1) KEMATIAN.

#StaySafeAtHome  #BreakTheChain

Zon merah kekal sebanyak 13 daerah sehingga jam 12pm, 26 April.

Kedah dan Kelantan (5 kes aktif), Perak dan Pulau Pinang 8 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan 2 kes.

Zon hijau perlu kekalkan tempoh dua minggu tanpa sebarang kes baharu sebelum diisytiharkan zon bebas Covid-19.

 

 

#StaySafeAtHome  #BreakTheChain

 

 

 

Masih terdapat segelintir masyarakat yang ingkar kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penduduk zon hijau pula mulai mengambil mudah situasi tiada kes baharu yang dilaporkan, dan ini sememangnya merisaukan KKM.

Perang ini masih belum tamat. Jika kita leka, bila-bila masa sahaja kita akan dijangkiti. Tolong, patuh pada PKP. Duduk dirumah, dan amalkan kebersihan diri. Kerap basuh tangan dengan air dan sabun - KP Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

#StaySafeAtHome  #BreakTheChain

Di stesen kuarantin yang menempat pengembara warganegara Malaysia yang balik dari luar negara, sehingga 24 April 2020, jam 5.00 petang, didapati seramai 12,672 orang telah menjalani ujian COVID-19.

Seramai 139 orang didapati positif COVID-19 (1.1peratus). Daripada jumlah positif COVID-19 tersebut, negara yang telah dilawati adalah: 99 kes melawat Indonesia, 14 kes melawat United Kingdom, 13 kes telah Singapura, 5 kes melawat Turki, 3 kes melawat Belanda, 2 kes melawat Amerika Syarikat, 1 kes masing-masing melawat Thailand, Perancis dan Bangladesh.

Ini menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti pendekatan tertumpu yang diambil Kerajaan setakat ini telah menunjukkan hasil yang diharapkan. Ini diharap dapat mengekang penularan di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi ini. KKM menjangka lebih banyak kes positif akan dikenal pasti dalam masa terdekat ini memandangkan aktiviti pendekatan tertumpu ini masih diteruskan.

#StaySafeAtHome  #BreakTheChain