Masih terdapat segelintir masyarakat yang ingkar kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penduduk zon hijau pula mulai mengambil mudah situasi tiada kes baharu yang dilaporkan, dan ini sememangnya merisaukan KKM.

Perang ini masih belum tamat. Jika kita leka, bila-bila masa sahaja kita akan dijangkiti. Tolong, patuh pada PKP. Duduk dirumah, dan amalkan kebersihan diri. Kerap basuh tangan dengan air dan sabun - KP Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

#StaySafeAtHome  #BreakTheChain