Jadilah pengguna bijak dengan menentusahkan sesuatu maklumat sebelum sebar. Cuba fahami dan nilai sumber yang anda dapat.

Layari https://sebenarnya.my/ untuk memastikan maklumat yang diterima betul-betul tepat sebelum kongsi.

#StayHomeStaySafe  #BreakTheChain  #KitaMestiMenang  #TidakPastiJanganKongsi

Kadar kesembuhan kes COVID-19 di dunia pada hari ini adalah 32.16% atau 1,128,252 kes berbanding semalam 31.91% atau 1,097,945 kes.

Jumlah kes di dunia sudah mencapai 3.5 juta kes.

#StayHomeStaySafe  #BreakTheChain

4 Mei adalah tarikh keramat bermulanya PKP-B. Mahu atau tidak mahu, kita tidak boleh mengulangi semula proses PKP. Keputusan samada PKP akan datang diperketat atau dilonggarkan telah jatuh di tangan anda. Jangan sia-siakan pengorbanan yang telah kita lakukan sebelum ini bersama.

#StayHomeStaySafe  #BreakTheChain  #KitaMestiMenang

[HOTLINE KKMM] Bermula 2 Mei 2020 (Sabtu) waktu operasi baharu talian hotline KKMM ialah 9:00 pagi hingga 9:00 malam, Isnin hingga Ahad.

"JUST STAY AT HOME, DUDUK DI RUMAH & JANGAN KELUAR"

#StayHomeStaySafe  #BreakTheChain  #KitaMestiMenang

Sehingga 01 Mei 2020 jam 5.00 petang, TIADA KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 kekal sebanyak 513 KES.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak TUJUH (7) KES.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 142 KES positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 53 KES adalah dari Kluster Rembau dan 82 KES dari Kluster Sendayan dengan SATU (1) KEMATIAN.

#StaySafe  #StayAtHome  #KitaMestiMenang