PKPB : TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN 15 MEI 2020

#StayHomeStaySafe  #KitaMestiMenang

Terkini #covid19malaysia LAPORAN KLUSTER PKPD, 14 Mei

Pusat Bandar Utara & Sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang telah ditamatkan PKPD.

Lokaliti seterusnya iaitu Selayang Baru dan Kawasan Pasar Jalan Othman tidak mencatatkan pertambahan kes pada hari ini.

#StayHomeStaySafe  #KitaMestiMenang

PENCAPAIAN MALAYSIA MELANDAIKAN LENGKUNG (FLATTENED THE CURVE)

Sejak dari awal wabak COVID-19, KKM telah memaklumkan kepada umum mengenai jumlah kes harian, jumlah kes kumulatif dan juga kes aktif. Jika dilihat pada kes kumulatif (garisan hijau), sememangnya jumlah kes kumulatif semakin meningkat namun kadar kenaikan didapati semakin perlahan. Ini memandangkan jumlah kes harian (garisan biru) juga adalah semakin berkurangan. Ini menjadikan jumlah kes aktif semakin menurun (garisan kuning), sekaligus menunjukkan bahawa tindakan yang diambil setakat ini telah berhasil dalam melandaikan lengkung (flattened the curve).

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuat kuasa sejak 18 Mac 2020 dan dilanjutkan sebagai PKP 1, 2, 3, 4 dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah membantu memberi ruang bagi pihak Kerajaan dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti dan tindakan Kesihatan Awam untuk membendung penularan COVID-19. Antara tindakan yang telah dilaksanakan adalah pengawalan pintu keluar masuk antarabangsa, penyaringan dan persampelan individu yang berkenaan, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan juga pendekatan tertumpu (targeted approach) bagi kumpulan yang dikenalpasti sebagai berisiko tinggi.

#StayHomeStaySafe  #KitaMestiMenang

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menekankan kepentingan untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh kerajaan.

“Samada kita akan kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan, itu terpulang kepada rakyat Malaysia.”

Oleh itu, KKM menyeru sekali lagi kepada rakyat Malaysia sekalian, tolong patuhi PKPB yang sedang dijalankan ini. Tunjukkan kepada dunia, kita semua mampu bersatu ketika dalam tempoh sukar ini.

Usah keluar jika tiada keperluan. Lindungi 3 golongan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 iaitu warga emas, kanak-kanak dan pesakit yang menghidap penyakit kronik.

#StayHomeStaySafe  #KitaMestiMenang  #SocialDistance

[ Tips Pengguna Bijak ]

Sebagai pengguna internet, kita perlu menggunakannya dengan BIJAK supaya tidak mengundang masalah dan bahaya kepada diri, masyarakat dan juga negara.

Kebebasan melayari internet bukanlah satu pemangkin untuk disalahguna.

Layari internet sebaik mungkin dengan mengikuti tips pengguna bijak ini.

#StayHomeStaySafe  #TidakPastiJanganKongsi  #KitaMestiMenang